Soalan Lazim

APAKAH BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PASTA SAN REMO?

Pasta standard kami diperbuat daripada Gandum Durum yang ditanam di Australia. Gandum tersebut dikisar menjadi semolina, kemudiannya dicampur dengan air dan diproses menjadi bentuk pasta yang kita kenali dan gemar, seperti spaghetti atau fettuccine. Kemudiannya pasta itu akan dikeringkan untuk mengurangkan aktiviti air supaya jangka hayat pasta boleh dipanjangkan secara semulajadi untuk dinikmati.

Kesemua Pasta standard San Remo dihasilkan di fasiliti kami yang terletak di Windsor Gardens, Australia Selatan.

APAKAH BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PASTA GANDUM PENUH SAN REMO?

Pasta Gandum Penuh kami diperbuat daripada Gandum Durum Semolina Gandum Penuh. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengandungi saki-baki telur daripada peralatan yang dikongsi.

DI MANA BOLEH SAYA CARI SENARAI BAHAN-BAHAN KANDUNGAN PASTA?

Setiap pek Pasta San Remo mempunyai label yang menyenaraikan bahan-bahan kandungan di belakang pek dengan jelas.

KENAPA PASTA SAYA ADA YANG BERBEZA WARNA?

Usaha bersungguh-sungguh diambil semasa proses pembuatan untuk mengawal dan mengekalkan rupa bentuk produk pasta San Remo yang konsisten. Gandum yang digunakan dalam pasta kami adalah bahan mentah semulajadi, dengan itu ia adalah tertakluk kepada serba sedikit perubahan mengikut musim.

Disebabkan musim kemarau yang melanda di kebanyakan kawasan penanaman gandum di Australia, gandum yang dihasilkan pada waktu ini akan menghasilkan tepung yang berwarna lebih gelap berbanding dengan tahun-tahun yang sebelum ini.

KENAPA KOTAK GLUTEN FREE SAYA TIDAK ADA PEMBUNGKUS PLASTIK DALAMAN?

San Remo komited untuk mengurangkan Pelepasan Karbon, justeru kami mengelakkan penggunaan pembungkus plastik dalaman untuk pek Gluten Free.

Yakinlah bahawa kami sentiasa mengawasi penyimpanan bahan pembungkusan kami untuk memastikan ia adalah bersih dan sesuai digunakan untuk membungkus makanan. Tiada risiko berlaku keracunan makanan berkenaan dengan makanan yang dibungkus dalam kadbod.