Bahan-bahan
110 g | San Remo Angel Hair |
---|---|
1/4 cawan | Minyak zaitun |
4 ulas | Bawang putih, dicincang halus |
200 g | Dada ayam |
1 sudu teh | Mixed Herbs |
1/2 sudu teh | Serpihan cili |
1/2 sudu teh | Serbuk lada hitam |
240 ml | Stok Ayam |
1/2 sudu teh | Tepung jagung + 2 sudu besar air sejuk, dilarutkan |
8 | Tomato ceri, dihiris |
Garam, secukup rasa |
Hiasan
Sedikit parsli dicincang dan serpihan cili |
Cara Memasak
- Masak San Remo Angel Hair mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Sapu sedikit garam ke atas dada ayam. Tumis dengan minyak zaitun sehingga ayam keperangan dan masak. Biarkan ayam yeang telah masak selama beberapa minit, potong menjadi kepingan tebal.
- Di dalam periuk, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih selama 30 saat. Masukkan kepingan ayam, mixed herbs, serpihan cili dan serbuk lada hitam. Kacau selama beberapa minit.
- Masukkan stok ayam dan masak sehingga mendidih. Tambah campuran tepung jagung dan reneh sehingga pekat sedikit.
- Masukkan pasta dan tomato dan gaul sehingga rata. Perisakan dengan garam.
- Hiaskan dengan parsli cincang dan serpihan cili. Hidangkan panas.