masa penyediaan10 minit
masa memasak20 minit
hidangan4-5 orang

Bahan-bahan

500 gSan Remo Angel Hair
800 gDaging ayam kisar
2 bijiBawang besar, dipotong dadu
6 bijiBawang putih, ditumbuk
2 bijiTomato, dipotong dadu
4 sudu besarSos cili
4 sudu besarSos tomato
1/2 cawanAir
1/2 cawanMinyak masak
2 sudu besarKicap
Campuran Kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa

Untuk bahan-bahan kisar

1 batangSerai
1 inciKunyit hidup
1 inciLengkuas
20 bijiCili kering, direbus

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Angel Hair mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang putih dan campuran rempah ratus hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar dan goreng hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, sos tomato, sos cili, air, kicap, tomato dan bawang besar. Gaul sebati dan goreng hingga ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Tuangkan ayam masak merah ke atas San Remo Angel Hair dan hidangkan panas.

Pilihan Produk