Bahan-bahan
300 g | San Remo Spaghetti |
---|---|
2 | Bawang kuning, dicincang |
4 ulas | Bawang putih, dicincang |
2-4 | Cili padi, dihiris |
4 helai | Daun kari |
1 sudu besar | Sebuk kari ikan |
400 ml | Krim masak |
14 ekor | Udang |
4 keping | Kepingan keju Cheddar |
6 sudu besar | Minyak masak |
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa |
Cara Memasak
- Masak San Remo Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Kemudian goreng dengan api sederhana. Ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang kuning, bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari ikan, krim, kepingan keju Cheddar dan udang. Reneh selama 3 minit.
- Masukkan San Remo Spaghetti dan kacau sehingga sebati. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Hidangkan panas.