masa penyediaan8 minit
masa memasak15 minit
hidangan3 orang

Bahan-bahan

350 gSan Remo Gluten Free Spaghetti
1 1/2 cawanDaun selasih
1 1/2 ulasBawang putih, dicincang
3 sudu besarHirisan badam
4 sudu besarMinyak zaitun
550 gDaging ayam, dihiris
1 1/2 ikatAsparagus, dipotong panjang 3 cm
3Tomato ceri, dipotong dadu

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Gluten Free Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Untuk sos pesto, kisar daun selasih, bawang putih dan badam selama 30 saat. Masukkan 2 sudu besar minyak zaitun dan kisar selama 30 saat atau hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak zaitun yang selebihnya di dalam kuali, goreng ayam selama 3-4 minit atau higga warna kuning keemasan. Ketepikan.
  4. Masukkan batang asparagus dan goreng selama 2-3 minit. Kemudian masukkan bahagian atas asparagus dan goreng selama 1-2 minit.
  5. Tuangkan sos pesto ke dalam spaghetti. Masukkan ayam dan asparagus.
  6. Taburkan tomato ceri di atas.