masa penyediaan20-25 minit
masa memasak1 jam 15 minit
hidangan2-3 orang

Bahan-bahan

6 kepingSan Remo Instant Lasagna
500 gSos Pasta Bolognese & Mushroom San Remo
100 gKeju Mozzarella
1Lobak merah
100 gAir
700 gDaging ayam, dicincang
3Bawang merah, dicincang
5 ulasBawang putih, dicincang
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
8” x 8” segi empat dulang bakar

Bahan-bahan campuran sambal

6 sudu besarAir
150 mlMinyak masak
50 gCili kering
3 ulasBawang putih, dicincang
200 gBawang merah
1 sudu besarBelacan
200 gUdang kering, dicuci & dikisar
2 sudu besarPes asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
  2. Untuk membuat sambal, celur cili kering dalam air didih sehingga lembut. Tapis dan diketepikan.
  3. Kisar cili kering bersama bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga halus.
  4. Sediakan kuali dengan minyak masak, masakkan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang kering, pes asam jawa, air dan masak atas api sederhana selama 25 minit. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Dalam kuali berbeza, masak daging ayam cincang dengan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan sambal dan campurkan sehingga sebati.
  6. Masukkan Sos Pasta Bolognese & Mushroom San Remo, lobak merah, keju mozzarella, air dan didih dengan perlahan-lahan. Masak selama 3 minit dan perisakan dangan garam dan serbuk lada sulah.
  7. Dalam dulang bakar, letakkan kepingan San Remo Instant Lasagna di dasar dulang dan letakkan sedikit campuran sambal. Ulangi langkah ini dan semasa anda meneruskan, tambahkan lebih banyak isian sambal. Pada langkah terakhir ini, tutupkan bahagian atas dengan lapisan lembaran lasagna dan sebarkan lapisan nipis Sos Pasta Bolognese & Mushroom San Remo. Selesaikan dengan taburan keju mozzarella.
  8. Tutupkan dulang bakar dengan kepingan aluminium. Bakar dalam ketuhar selama 45 minit pada suhu 180˚C.