Bahan-bahan
4 keping | San Remo Instant Lasagna |
---|---|
100 g | Keju Mozzarella |
Untuk sos krim
3 sudu besar | Mentega, cairkan |
---|---|
1 sudu teh | Tepung gandum |
1/2 cawan | Air |
1/3 cawan | Krim masak |
40 g | Keju Cheddar |
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa |
Untuk inti ayam
6 | Cendawan butang, dihiris |
---|---|
1 | Bawang besar, dipotong dadu |
1 | Saderi, dipotong dadu |
1 | Lobak merah, dipotong dadu |
300 g | Daging ayam dada, dipotong dadu |
1/8 sudu teh | Daun oregano kering |
1 sudu besar | Minyak masak |
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa |
Cara Memasak
- Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
- Untuk inti ayam, panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bawang besar, cendawan dan daging ayam hingga wangi. Masukkan saderi, lobak merah, daun oregano kering dan kacau sebati.
- Untuk sos krim, campurkan semua bahan-bahan untuk sos hingga sebati.
- Tuangkan sos krim ke dalam campuran ayam dan masak dengan api perlahan hingga sos menjadi pekat. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
- Untuk lasagna, letakan sekeping San Remo Instant Lasagna ke dalam dulang acuan berbentuk segi empat panjang, letakkan inti di atas ia dan susun sekeping San Remo Instant Lagsana lagi dan seterusnya. Susun secara berselang seli. Ulangi langkah sehingga dulang penuh.
- Taburkan keju mozzarella di atas dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160⁰C selama 15 minit atau sehingga masak.