masa penyediaan15 minit
masa memasak15 minit
hidangan4 orang

Bahan-bahan

250 gSan Remo Pulse Pasta Penne
4Lada merah capsicums, dipotong separuh
2 ulasBawang putih, dihiris
1Cili padi merah, dihiris
1 sudu besarMentega badam
1/2 cawanSusu badam
1 sudu besarTepung jagung
2 sudu besarMinyak zaitun “extra virgin”
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Kacang pain, dibakar
Daun selasih

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Pulse Pasta Penne mengikut arahan pada paket.
  2. Pada masa yang sama, letakkan lada capsicum di atas dulang bakar yang dilapis dengan kepingan aluminium dan bakar hingga kulit menjadi hitam.
  3. Letakkan lada capsicum ke dalam mangkuk dan tutup ketat dengan balut berpaut, untuk stim lada capsicum dan mengasingkan kulit lada capsicum dengan lebih senang di dalam langkah seterusnya.
  4. Setelah lada capsicum sejuk, asingkan kulit lada capsicum dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama bawang putih, cili, mentega badam, susu badam, tepung jagung, minyak zaitun, garam dan serbuk lada sulah.
  5. Kisar hingga halus, kemudian masukkan ke dalam kuali dan goreng selama 3-5 minit.
  6. Setelah pasta sudah masak, tuang ke dalam sos.
  7. Taburkan sedikit kacang pain, minyak zaitun dan daun selasih di atas. Sedia untuk dihidangkan.