masa penyediaan3 jam
masa memasak20 minit
hidangan1-2 orang

Bahan-bahan

100 gSan Remo Spaghetti

Untuk kuah

9 bijiCili padi
2 labuBawang besar
3 ulasBawang putih
2 batangSerai
1 cmKunyit hidup
1 cawanSantan
1 cawanAir
5 sudu besarMinyak masak
Garam secukup rasa

Untuk daging Salai

100 gDaging
1 sudu tehSerbuk kunyit
1/2 sudu teh Garam
1 sudu besarMinyak masak

Cara Memasak

  1. Untuk daging salai, perap daging bersama semua bahan selama 3 jam.
  2. Masak San Remo Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali, salaikan daging sehingga sekata tanpa menggunakan minyak. Angkat dan biar 10 minit. Hiris nipis-nipis.
  4. Untuk kuah, tumbuk kasar 5 bahan pertama.
  5. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  6. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bahan tumisan, daging dan santan. Mereneh atas api perlahan. Tambah garam secukup rasa.
  7. Hidangkan dengan San Remo Spaghetti

Pilihan Produk