masa penyediaan20 minit
masa memasak50 minit
hidangan4 orang

Bahan-bahan

250gSan Remo Instant Lasagna
Keju parmesan, parut

Untuk sos daging

2 sudu besarMinyk zaitun
1Bawang besar, dicincang
1Lobak merah, dicincang
1 ulasBawang putih, ditumbuk
500 gDaging ayam kisar
5 sudu besarPes tomato
800 gTomato dalam tin
2 cawanStok ayam
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Secubit serbuk buah pala

Untuk sos keju

2 sudu besarMentega
2 sudu besarTepung gandum
2 cawanSusu
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
125gKeju Mozzarella atau keju cheddar

Cara Memasak

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.
  2. Untuk sos daging, panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan bawang besar, lobak merah dan bawang putih, goreng hingga lembut. Masukkan daging ayam dan goreng hingga warna perang.
  3. Masukkan pes tomato, tomato dalam tin dan stok ayam. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk buah pala. Tutup kuali dan reneh selama 20 minit, kacau sekali sekala.
  4. Untuk sos keju, cairkan mentega di dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum dan masak selama 2 minit atas api perlahan.
  5. Keluarkan periuk dari api dan masukkan susu. Kembali ke api dan teruskan masak sehingga sos pekat dan licin. Pastikan kacau selalu.
  6. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan keju, kacau hingga keju cair sepenuhnya.
  7. Untuk lasagna, tuangkan ½ cawan sos daging ke dalam dulang bakar yang disapu minyak. Susun secara berselang seli: kepingan lasagna, campuran daging dan sos keju. Pastikan lapisan terakhir adalah sos keju.(Jumlah 4 lapisan)
  8. Taburkan parutan keju parmesan di atas dan bakar selama 35-40 minit atau hingga masak sepenuhnya.
  9. Biarkan selama 5-10 minit sebelum dihidangkan.