masa penyediaan2 jam 10 minit
masa memasak20 minit
hidangan2-3 orang

Bahan-bahan

350 gSan Remo Elbows
200 gDaging ayam, dipotong kiub
150 gDaging lembu, dipotong kiub
Minyak masak untuk menggoreng

Untuk perapan

4 ulasBawang merah kecil
6 ulasBawang putih
1 inciHalia
1 inciLengkuas
1 inciKunyit hidup
3 batangSerai
1 sudu besarSerbuk ketumbar
1 sudu tehSerbuk kulit kayu manis
1 sudu tehJintan putih
1 sudu tehJintan manis
3 sudu besarMadu
1 sudu tehGaram
1 sudu besarGula

Untuk kuah kacang

3 sudu besarMentega kacang halus
5Cili kering
10 ulasBawang merah
6 ulasBawang putih
1 batangSerai
1/2 sudu tehSerbuk kayu manis
1Bunga lawang
2Bunga cengkih
1 sudu besarUdang kering
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Elbows mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Kisarkan semua bahan-bahan untuk perapan hingga lumat. Perapkan ayam dan daging dengan perapan selama 2 jam.
  3. Untuk sate, cucuk ayam dan daging pada lidi sate dengan kemas. Panaskan minyak masak dan bakar sate dengan api sederhana hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
  4. Untuk kuah kacang, kisarkan cili kering, bawang merah, bawang putih dan udang geragau hingga lumat.
  5. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bunga lawang, serbuk kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga wangi.
  6. Masukkan mentega kacang dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula.
  7. Masukkan San Remo Elbows dan gaul rata.
  8. Hidangkan bersama sate yang telah disediakan.

Pilihan Produk