Bahan-bahan
500 g | San Remo Spaghetti |
---|---|
1 | Bawang kuning, dicincang |
1/4 cawan | Air + ½ sudu teh tepung jagung |
2 sudu besar | Minyak masak |
Untuk daging bulgogi
400 g | Tenderloin daging, dihiris |
---|---|
4 sudu besar | Nanas, didadu |
2 ulas | Bawang putih |
2 sudu besar | Kicap cair |
1 sudu besar | Gula kastor |
1 sudu besar | Madu |
1/2 sudu besar | Minyak bijan |
1 sudu besar | Minyak masak |
2 sudu besar | Air |
Untuk hiasan
4 sudu besar | Kimchi, dihiris |
---|---|
1/2 sudu besar | Biji bijan, dipanggang |
Segenggam daun selada, dihiris |
Cara Memasak
- Masak San Remo Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Untuk daging bulgogi, kisarkan semua bahan-bahan kecuali daging hingga menjadi pes halus. Perap daging dengan pes selama 1 jam.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang kuning hingga wangi. Masukkan daging dan campuran tepung jagung. Goreng hingga daging masak dan sos menjadi pekat.
- Taburkan daging bulgogi di atas San Remo Spaghetti. Hias dengan daun selada, kimchi dan biji bijan. Hidangkan panas.