masa penyediaan25 minit
masa memasak25-35 minit
hidangan4-6 orang

Bahan-bahan

1 kotakSan Remo Instant Lasagna
500gSos BBQ McCormick Grill Mates Chilli & Pepper
10gMcCormick Chilli Flakes
400gAyam kisar
100gBawang holland, dipotong kecil
10gBawang putih, dipotong halus
250gKeju parut mozzarella
50gCili merah dan hijau, dipotong garis nipis
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tumis bawang holland, bawang putih dan ayam kisar di dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.
  2. Masukkan Sos BBQ McCormick Grill Mates Chilli & Pepper dan McCormick Chilli Flakes. Terus kacau dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air jika perlu. Letakkan di tepi.
  3. Dalam dulang pembakar, sapu rata lapisan nipis bancuhan BBQ. Kemudian, lapiskan dengan San Remo Instant Lasagna, dan ikuti dengan bancuhan BBQ sekali lagi dan taburkan keju parut mozzarella.
  4. Ulang proses sehingga dulang pembakar penuh dan sudahkan lapisan akhir dengan keju parut mozzarella.
  5. Bakar pada suhu 180°C dari 25 hingga 30 minit. (Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis penggunaan ketuhar)
  6. Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan dengan hirisan cili. Biarkan lasagna sejuk seketika sebelum dihidangkan. Jemput makan!