Bahan-bahan
1 kotak | San Remo Instant Lasagna |
---|---|
200g | Pes Kari Ayam Dollee |
400g | Ayam kisar |
100g | Kentang, dipotong dadu |
100g | Bawang merah, dipotong halus |
10g | Bawang putih, dipotong halus |
250g | Keju parut mozzarella |
50g | Daun kari |
Garam dan lada hitam secukup rasa |
Cara Memasak
- Tumis bawang merah, bawang putih dan ayam kisar di dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.
- Tambah Pes Kari Ayam Dollee dan kentang dadu. Kacau perlahan-lahan dan perisakan sedikit bersama garam dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Letakkan di tepi.
- Dalam dulang pembakar, ratakan lapisan nipis bancuhan kari. Kemudian, lapiskan dengan San Remo Instant Lasagna, dan ikuti dengan bancuhan sekali lagi dan taburkan keju parut mozzarella.
- Ulang proses sehingga dulang pembakar penuh dan sudahkan lapisan akhir dengan keju parut mozzarella.
- Bakar pada suhu 180°C dari 25 hingga 30 minit. (Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis penggunaan ketuhar)
- Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan dengan daun kari. Biarkan lasagna sejuk seketika sebelum dihidangkan. Jemput makan!