Bahan-bahan
1 kotak | San Remo Instant Lasagna |
---|---|
250ml | Sos Pekat Kikkoman Teriyaki |
400g | Ayam kisar |
100g | Bawang holland, dipotong halus |
10g | Bawang putih, dipotong halus |
50g | Daun bawang, dihiris nipis |
250g | Keju parut mozzarella |
50g | Biji bijan |
Garam dan lada hitam secukup rasa |
Cara Memasak
- Tumis bawang holland, bawang putih dan ayam kisar di dalam kuali sehingga masak.
- Masukkan Sos Pekat Kikkoman Teriyaki dan biji bijan. Terus kacau dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Masukkan sedikit air jika perlu. Letakkan di tepi.
- Dalam dulang pembakar, sapu rata lapisan nipis bancuhan teriyaki. Kemudian, lapiskan dengan San Remo Instant Lasagna, dan diikuti dengan bancuhan teriyaki dan taburkan keju parut mozzarella.
- Ulang sehingga dulang pembakar penuh dan sudahkan lapisan akhir dengan keju parut mozzarella.
- Bakar pada suhu 180°C dari 25 hingga 30 minit (Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis penggunaan ketuhar)
- Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan dengan hirisan daun bawang. Biarkan lasagna sejuk seketika sebelum dihidangkan. Jemput makan!