masa penyediaan25 minit
masa memasak25-35 minit
hidangan4-6 orang

Bahan-bahan

1 kotakSan Remo Instant Lasagna
125gPes Tom Yam Dollee
400gAyam kisar
150gTomato, dipotong dadu
100gBawang merah, dipotong halus
10gBawang putih, dipotong halus
250gKeju parut mozzarella
50gDaun ketumbar
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan ayam kisar di dalam kuali sehingga masak sepenuhnya.
  2. Masukkan Pes Tom Yam Dollee dan potongan tomato. Terus kacau dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air jika perlu. Letakkan di tepi.
  3. Dalam dulang pembakar, sapu rata lapisan nipis bancuhan tom yam. Kemudian, lapiskan dengan San Remo Instant Lasagna, dan ikuti dengan bancuhan sekali lagi dan taburkan keju parut mozzarella.
  4. Ulang proses sehingga dulang pembakar penuh dan sudahkan lapisan akhir dengan keju parut mozzarella.
  5. Bakar pada suhu 180°C dari 25 hingga 30 minit. (Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis penggunaan ketuhar)
  6. Keluarkan dari ketuhar dan hiaskan dengan daun ketumbar. Biarkan lasagna sejuk seketika sebelum dihidangkan. Jemput makan!