masa penyediaan20 minit
masa memasak30 minit
hidangan2-3 orang

Bahan-bahan

1 1/4 cawanSan Remo Penne

Untuk lontong

25 gUdang kering, direndam air panas sehingga lembut
8 tangkaiCili kering, direndam air panas sehingga lembut
2Cili merah
4 bijiBuah keras
5 ulasBawang putih
130 gBawang merah, dicincang
1 1/4 sudu besarSerbuk kunyit
1 1/2 sudu besarBelacan, dibakar
40 gHalia
40 gLengkuas
1/4 cawanMinyak masak
1 cawanSantan
1 cawanStok sayur
4 helaiDaun limau purut
1 batangSerai, dilebam
200 gKacang panjang, dipotong 1 inci
200 gTauhu goreng, didadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Untuk sambal tempe

1 kepingTempe, dipotong jejari
3 sudu besarMinyak masak
1 labuBawang besar, dihiris
3 ulasBawang putih, dicincang
2 sudu besarPes cili (cili giling)
1 kepingAsam gelugur
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Penne mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Untuk membuat sambal tempe, panaskan minyak masak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan pes cili dan asam gelugur, goreng sebentar. Masukkan tempe, kemudian perisakan dengan garam dan gula. Ketepikan.
  3. Untuk membuat lontong, kisar 10 bahan pertama sehingga halus.
  4. Tumis bahan kisar dengan minyak masak panas sehingga wangi. Masukkan ¾ cawan santan, stok sayur, daun limau purut dan serai. Masukkan kacang panjang dan tauhu. Tambah garam dan gula, kemudian masukkan baki santan.
  5. Perlahankan api, masukkan San Remo Penne. Kacau rata dan padamkan api. Hidangkan dengan sambal tempe.

Pilihan Produk