Bahan-bahan
250 g | San Remo Angel Hair, masak mengikut arahan di peket |
---|---|
100 g | Isi kepah |
100 g | Udang segar |
50 g | Taugeh, bersihkan |
4-5 batang | Kacang panjang, potong pendek dan celur |
3 biji | Terung panjang, potong dan goreng |
2 biji | Telur, rebus |
Hirisan limau nipis, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang, hiasan |
Gravy
1 L | Santan |
---|---|
1 sudu besar | Rempah kari |
1 sudu besar | Cili, kisar |
1 labu | Bawang besar, kisar |
4 ulas | Bawang putih, kisar |
50 g | Udang kering, kisar |
3 cm | Belacan |
3 sudu besar | Minyak masak |
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa |
Cara Memasak
- Untuk membuat kuah, panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan belacan, cili kisar dan rempah kari. Tumis hingga rempah masak.
- Masukkan santan dan didihhan hingga semua bahan sebati dan kuah agat pekat. Masukkan udang dan isi kepah dan didihkan beberapa minit lagi.
- Tambah garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
- Untuk menghidang: letakkan San Remo Angel Hair yang telah direbus di dalam pinggan bersama-sama bahan-bahan lain. Tuang kuah di atasnya dan hidangkan.