masa penyediaan20 minutes
masa memasak30 minutes
hidangan3 – 4 pax

Bahan-bahan

250 gSan Remo Spaghetti
1 tinSantan cair
2 helai Daun pandan, dibersihkan dan disimpulkan
Garam secukup rasa
Air untuk masak
250 g Cili giling
¼ cawanMinyak masak
3 bijiTelur rebus
2 cmBelacan bakar, dikisar
7 bijiBawang merah, dikisar
1 labu Bawang besar, dikisar
1 labu Bawang besar, dihiris
1 cawan Ikan bilis
½ cawanAir asam jawa
1 ½ cawan Air
Garam dan gula secukup rasa

Hiasan dan Bungkus

1Timun, dihiris nipis
Ikan bilis kering, dibersihkan dan digoreng garing
Kacang tanah, digoreng garing
Daun pisang, dipangkas dan dilap bersih

Cara Memasak

  1. Jerang air dengan santan cair, daun pandan dan garam di dalam periuk hingga didih.
  2. Masukkan San Remo Spaghetti dan masak mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak, goreng telur rebus sehingga keemasan dan ketepikan.
  4. Tumis bawang merah, belacan dan bawang besar yang dikisar hingga wangi, masukkan cili giling, ikan bilis dan sedikit air.
  5. Kacau sehingga mendidih. Masukkan air asam jawa dan bawang besar hiris.
  6. Apabila mendidih, masukkan telur goreng, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak.
  7. Bungkus spaghetti, sambal telur, ikan bilis goreng, kacang tanah dan timun dengan daun pisang.