masa penyediaan15 minit
masa memasak25 minit
hidangan2 orang

Bahan-bahan

200 gSan Remo Vermicelli
4 ulasBawang putih, dicincang
6Sawi, dicelur
2Paha ayam
1 sudu besarSos barbeque ayam
3 sudu besarMinyak masak
1 sudu besarMinyak bijan
2 sudu besarKicap cair atau secukup rasa
2 sudu tehSos tiram
1/2 sudu tehKicap pekat atau hingga warna yang diingini

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Vermicelli mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Perap ayam dengan sos barbeque ayam selama 10 minit.
  3. Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak. Potong kecil selepas sejuk. Ketepikan.
  4. Panaskan 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang butih hingga wangi. Masukkan San Remo Vermicelli, minyak bijan, perasa dan gaul sehingga sebati.
  5. Untuk menghidang, susunkan San Remo Vermicelli, sawi dan ayam di atas pinggan makan. Dihidang semasa panas.

Pilihan Produk